Berikut merupakan status terkini keadaan banjir yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 5 petang hari ini.<br />Jumlah keseluruhan mangsa banjir ialah 30,047 melibatkan negeri Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu.<br />Daripada jumlah itu,ia melibatkan sejumlah 8,026 keluarga yang ditempatkan di 354 pusat pemindahan.<br />Jika dilihat, tiga negeri mencatat jumlah mangsa melebihi 1,000 orang iaitu di Pahang 22,626, Johor 2,542, Kelantan 3,201 dan Terengganu 1, 241 mangsa.
